Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Banyak orang yang tidak tahu cara yang benar melakukan solat
hajat...baiklah disini saya akan memberitahu anda cara solat hajat yang baik
dan benar.
Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk
meminta suatu hajat yang besar maupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat
sunat hajat dilakukan pada malam hari yaitu 2/3
malam terakhir. Solat sunat ini
dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud
yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah
dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat
hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
Mandi terlebih dahulu dan mengambil air wudu. Pakaian
yang bersih, yang afdal berwarna putih.
Lafaz Niat:
أصَلِّي
سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ushollii sunnatal haajati
rok’ataini lil laahi ta’aalaa”
Artinya:
“Sahaja
aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”
SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA
SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT
DITERANGKAN KALI INI.
1.Cara Solat Hajat yang pertama –
Dibuat sebanyak 2 rakaat, Membaca salah satu surah yang ada di Al-Qur’an
setelah membaca surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca
surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat
pada Allah SWT.
2.Cara Solat Hajat yang kedua –
Dilakukan sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama membaca surah Al-Fatihah sekali dan
Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua membaca surah Al-Fatihah sekali dan
surah Al-Ikhlas 10 kali.
Setelah memberi salam, hendaklah sujud dan membaca solawat
keatas nabi sebanyak 10 kali:
"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika
sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".
Kemudian membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa
ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil
laahil ‘aliyyil ‘azhiim."
Kemudian Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah,
wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."
Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam
keadaan sujud.
3.Cara solat hajat yang ketiga –
Sebelum solat, mengucapkan istigfar (Astag-firullah uladzim) sebanyak-banyaknya
untuk memohon ampunan dan keredaan Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan
shalawat kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sahabat-sahabat,
keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin
serta kaum Muslimin dan Muslimat.
Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali
berturut-turut kemudian baca doa berikut:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci
(Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana
urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak
untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang
Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah
untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun
untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat
yang ke-2 tadi.
4.Cara solat hajat yang keempat –
Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan
Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat
dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan
diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat
setiap-tiap rakaat.
Apabila selesai baca doa ini:
Artinya:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama
Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama
Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan
nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama
Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan
Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan
Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan
Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan
cukupkanlah kefakirannku”
Wasallam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar